Translate

27 December 2016

Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan adalah benar

Video Kemaluan Putus Ketika Sunat Benar, Kata PDRM

Foto hiasanFoto hiasanKUALA LUMPUR: Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang hari ini adalah benar.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.
“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama.
– Bernama

Gambar hiasanGambar hiasan
KUALA LUMPUR: Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras di sini, Selasa lalu.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.
Sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.
"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.
"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.
"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.
Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Pondok Polis HKL selepas mendapat saranan daripada pihak hospital berikutan terdapat unsur kecuaian.
"Hasil soal siasat dilakukan mendapati doktor terbabit mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian itu.
"Namun, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 6 hrs 36 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 7 hrs 26 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 8 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 8 hrs 20 mins ago