Translate

23 December 2016

Polis menahan seorang wanita kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook


Wanita Ditahan Dipercayai Hina Azan, Islam Menerusi FB

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 26 tahun itu ditahan pada 8 malam di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat Kluang selepas pihaknya menerima satu laporan, 20 Dis lepas.

“Bertindak atas laporan tersebut, polis yang menjalankan siasatan telah dapat mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan yang disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam. Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak harmoni,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan.

Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Katanya, polis sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan melukakan perasaan penganut agama lain.

- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago