Translate

30 November 2015

STAGG tahan 99 wanita warga asing disyaki terbabit kegiatan pelacuran


29/11/2015 10:50pm



Sebahagian warga asing yang ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran


KUALA LUMPUR - Polis menahan seramai 99 wanita warga asing disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran di premis hiburan dan rumah urut dalam enam serbuan serentak sekitar Selangor dan ibu negara semalam.
Dalam serbuan selama enam jam bermula kira-kira pukul 8 malam oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman itu turut berjaya menahan seramai 15 individu termasuk dua wanita tempatan dipercayai penjaga dan pekerja premis berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan Laos berusia antara 21 hingga 41 tahun.
Kejayaan itu turut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya.
"Syabas STAGG @PDRMsia serbu pusat hiburan di Puchong, Kepong dan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, Tangkap 99 GRO warga asing dan 15 penjaga. #GoPDRMGo," katanya. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3stnQQQgj 
Hakcipta terpelihara 


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Miami viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 25 secs ago
A visitor from Ashburn viewed 'Saya Pun Nak Ambil Cuti Beberapa Hari - PM | BEST ' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis siasat dakwaan pelajar lelaki tingkatan dua ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pekerja swasta rugi hampir setengah juta ditipu Ma' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa - Hannah | B' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 32 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 2 hrs 14 mins ago