Translate

07 January 2025

Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April



Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April

Bernama

07/01/2025


Muhammed Yusoff Rawther mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi menggugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther telah mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi menggugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram yang dihadapinya.

Ringkasan AI

Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, telah mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi menggugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa representasi bertarikh 2 Jan lepas telah diterima oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa representasi bertarikh 2 Jan lepas telah diterima oleh pihak pendakwaan.

"Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan pihak kami baru menerima representasi tersebut daripada peguam. Oleh itu, kami mohon satu tarikh bagi mendapatkan keputusan representasi berkenaan," katanya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff, 32, mengesahkan perkara itu dan memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan.

Muhammad Jamil kemudian menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept, 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

Muhammed Yusoff juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi, 6 Sept 2024

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED