Translate

07 January 2025

MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam



MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam

Bernama

07/01/2025


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengusaha pengangkutan awam berdepan beban kewangan memandangkan mereka dicaj tarif yang sama seperti syarikat perniagaan biasa. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengusaha pengangkutan awam berdepan beban kewangan memandangkan mereka dicaj tarif yang sama seperti syarikat perniagaan biasa.

"Satu perkara yang selalu kita perjuangkan di Kementerian Pengangkutan ialah kita mahukan kadar khas bagi tenaga elektrik untuk pengangkutan awam.

"Kita sedang melihat tarif khas untuk para pengusaha, awam dan swasta, untuk menggalakkan pertumbuhan pengangkutan awam," kata Loke.

Beliau menekankan caj semasa adalah tinggi dan tarif khas yang dicadangkan boleh meringankan beban kewangan ditanggung pengusaha secara ketara.

Loke berkata demikian dalam suatu forum pada Hari Korporat Malaysia Tahunan Antarabangsa CGS ke-17 yang dipengerusikan Pengarah Bebas CGS International Securities Malaysia Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata pengusaha seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Prasarana membelanjakan 30 hingga 35 peratus kos operasi mereka untuk elektrik manakala Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan 35 kos operasi susulan sistem tarif sedia ada.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED