Translate

14 January 2025

Syed Yazid tidak bertanding jawatan Presiden FAM



Syed Yazid tidak bertanding jawatan Presiden FAM

Bernama

14/01/2025


Syed Yazid berkata pihaknya tidak menyatakan sebarang hasrat untuk merebut jawatan presiden pada Kongres Pemilihan FAM. - Foto Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Syed Yazid Syed Omar mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu pada 15 Februari ini.

Sebaliknya, beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden FAM.

Katanya keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Penaung KLFA, Fahmi Fadzil, semalam.

Syed Yazid, yang dipilih sebagai Presiden KLFA pada Oktober tahun lepas, berkata pihaknya tidak menyatakan sebarang hasrat untuk merebut jawatan presiden pada kongres berkenaan, malah memberi sokongan sepenuhnya kepada Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, sebagai peneraju FAM yang seterusnya.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden FAM. Dalam masa yang sama, saya bagi pihak KLFA menyokong penuh Mohd Joehari untuk bertanding jawatan Presiden FAM," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media semalam.

Kongres Pemilihan FAM bagi memilih barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang baharu bagi penggal 2025-2029, dengan presidennya, Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah dan ahli korporat, Sayf Ismail, antara yang telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan presiden.

Sementara itu, Mohd Joehari dikatakan sebagai calon yang 'direstui' untuk menggantikan Hamidin.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 50 mins ago
A visitor from San jose viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 5 hrs 3 mins ago