Translate

28 January 2025

Suspek ragut wanita warga emas diberkas



Suspek ragut wanita warga emas diberkas

Bernama

28/01/2025


Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA


KANGAR: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Batu Pahat, Kampung Syed Omar, di sini, tiga hari selepas kejadian.

"Ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya diberkas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian ragut itu berlaku pada 9.45 pagi ketika mangsa berusia 75 tahun berjalan kaki berseorangan melalui lorong kecil berhampiran Bukit Lagi, sebelum dihampiri suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang lalu meragut beg tangannya.

"Beg tangan mangsa mengandungi wang tunai RM200, telefon bimbit jenis Oppo A96 dan kunci rumah. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Yusharifuddin berkata lelaki terbabit didapati memiliki lapan rekod jenayah dan dadah sejak 2011 termasuk tiga kes ragut yang berlaku di sekitar Kangar.

Lelaki itu yang positif terhadap dadah jenis methamphetamine, katanya kini direman hingga 31 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 1 hr 1 min ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 2 hrs 14 mins ago