Translate
15 January 2025
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bernama
15/01/2025
1MDB memfailkan saman terhadap Mohd Irwan serta Arul Kanda (gambar), dengan menuduh mereka pecah amanah dan konspirasi yang mengakibatkan kerugian AS$1.83 bilion. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau bertemu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Defendan pertama itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam 1MDB Datuk Lim Chee Wee semasa perbicaraan saman 1MDB berjumlah AS$6.59 bilion terhadapnya dan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Lim: Ketika itu kamu berada di Timur Tengah... Kamu berada di Abu Dhabi, dan pasti kamu telah berjumpa dengan ramai ahli perniagaan dan pelabur terkemuka... dan kamu berjumpa Jho Low ketika di Abu Dhabi?
Arul Kanda: Ya, pada 2011.
Apabila ditanya sama ada Jho Low mengemukakan sebarang cadangan, Arul Kanda berkata terdapat satu cadangan khusus yang berkaitan dengan pelaburan di Pulau Al Maryah, sebuah daerah kewangan di Abu Dhabi.
"Ia berkaitan dengan hartanah di sana atau sesuatu seumpamanya," kata Arul Kanda.
Arul Kanda berkata selain Jho Low, beliau juga bertemu dengan dua lelaki di Abu Dhabi iaitu Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy al Husseiny, yang kemudian dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Ketika menjelaskan penglibatannya dalam 1MDB, Arul Kanda berkata beliau telah dipelawa oleh bekas pengarah 1MDB Ashvin Jethanand Valiram ketika lawatan ke Dubai.
"Kami bertemu di satu kursus di Malaysia dan isterinya menetap di Dubai. Jadi setiap kali beliau datang ke Dubai atas urusan keluarga atau perniagaan, kami akan bertemu. Ashvin menyatakan kebimbangannya kepada saya bahawa 1MDB mempunyai hutang yang besar, yang boleh menjejaskan projek-projek.
"Kemudian saya menghantar resume melalui e-mel kepada Ashvin dan saya telah ditemu duga oleh pengerusi 1MDB ketika itu Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan bekas pengarah 1MDB Tan Sri Ismee Ismail. Selain itu, saya juga menjalani temu duga menerusi panggilan telefon oleh CEO 1MDB ketika itu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
"Mereka bertanyakan tentang diri saya, seingat saya, temu duga itu lebih tertumpu kepada diri saya dan apa yang pernah saya lakukan dan latar belakang saya. Mereka tidak menjelaskan secara terperinci tentang hutang besar yang ditanggung oleh 1MDB," kata Arul Kanda.
Arul Kanda, yang menerima surat tawaran pada 18 Dis 2014 berkata beliau telah menyelidik mengenai 1MDB sebelum menyertai syarikat itu dan mendapati terdapat banyak artikel negatif mengenai syarikat berkenaan yang dilaporkan media.
Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap Mohd Irwan serta Arul Kanda, dengan menuduh mereka pecah amanah dan konspirasi yang mengakibatkan kerugian AS$1.83 bilion berkaitan pelaburan syarikat dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd, yang kemudian ditukar menjadi pelaburan Brazen Sky Limited, yang dikatakan boleh diperoleh semula daripada Dana Global Bridge.
1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyalahgunakan dana syarikat bernilai AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan AS$1.265 bilion yang dibayar kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa pada 9 Mei 2017.
1MDB mendakwa Mohd Irwan bersubahat dengan Arul Kanda untuk melaksanakan satu lanjutan perjanjian pekerjaan, membayar sejumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda tanpa mengambil kira kepentingan 1MDB, yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan kepada syarikat itu.
Akibatnya, 1MDB menuntut ganti rugi AS$6.59 bilion daripada kedua-dua defendan untuk pelanggaran itu, dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan pelanjutan perjanjian pekerjaan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
35 celebs affected by Pacific Palisades fire: Full list and details prestigeonline Jan 10, 2025 The Pacific Palisades fire of 2025 has left...
-
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth Bernama 11/01/2025 Program K-Youth yang dilancarkan pada 2023 telah m...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2025
(746)
-
▼
Jan 2025
(746)
- JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
- MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan...
- Lebih dua jam berdiri baca 89 pertuduhan kes pesar...
- Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah...
- Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang ta...
- President Yoon was reluctant to give information
- Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penem...
- Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Duni...
- Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik li...
- Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
- Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum se...
- Kabinet tak arah AGC mohon perintah tutup mulut - ...
- 'Muhyiddin, Hamzah, Tuan Ibrahim, Samsuri antara l...
- Remaja 16 Tahun Akan Ditahan Selepas Rawatan
- Sudah Bayar RM400,000 Tetapi Ahlong Minta RM650,00...
- MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembag...
- Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara l...
- Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berik...
- Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilanti...
- Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa ter...
- TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
- Treler minyak sawit terbabit kemalangan di Bidor
- Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
- Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran ...
- Imam Dituduh Terima Suapan Daftar Nikah Siam
- Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya ...
- US SEC sues Musk over Twitter acquisition
- PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
- Secret UK files detailing confessions of Cambridge...
- South Korean investigators arrest impeached Presid...
- Elak saman, pemandu lori bergerak tengah malam, aw...
- Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Ditumpas
- 'Tetap salah KK Mart juga' - Pemuda Umno lancar ke...
- PGA Rampas Pelbagai Barangan Bernilai RM700,000
- Pesara Jurutera Berputih Mata Rugi RM9.5 Juta
- Najib bayar RM246,000 untuk Lim Peng Soon urus lam...
- SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
- Seorang Lagi Maut Nahas Lima Kenderaan Di Kuching
- Because of 'Brad Pitt,' French woman is depressed,...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
- Uzma Bhd berjaya lancar satelit pemerhatian bumi r...
- VIRAL SATU DUNIA - KHABIB DIHALAU TURUN DARI PESA...
- Chelsea 2-2 Bournemouth | 2024/25 Premier League H...
- Nottingham Forest 1-1 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Brentford 2-2 Manchester City | 2024/25 Premier Le...
- 44 arrested for rape of teenage girl in southern I...
- Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kema...
- Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan...
- Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
- Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ket...
- PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
- 3 lelaki didakwa atas kesalahan pornografi kanak-k...
- Enjin Terlalu Panas Cetuskan Kebakaran
- SPRM, BNM tumpaskan sindiket rasuah syarikat perun...
- Penyanyi 'Bae Soba Bae', lima yang lain mengaku am...
- Nahas pelajar UiTM Dungun: Pendakwaan semula peman...
- US Justice Dept releases report on Trump attempt t...
- Indonesia plans minimum age for social media use
- Women's restrooms and new tiles at Batu Caves to b...
- Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, ro...
- Polis nilai keperluan sambung reman 4 individu ter...
- KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesi...
- Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
- KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok d...
- Here’s the latest on what caused the fire
- Jual murah, beli mahal, kenapa nak rugikan duit ra...
- Dadah sintetik ATS pilihan utama penagih dadah di ...
- Kereta hilang kawalan, remaja antara empat maut
- Ramanan umum peruntukan terbesar RM100 juta untuk ...
- Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thom...
- Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di ...
- Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perl...
- Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri
- Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK dide...
- Lelaki dipenjara 16 bulan sembunyi wang pelaburan ...
- Kerugian akibat kebakaran di California meningkat ...
- UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sert...
- Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetap...
- Sijil nikah anak menteri sah, perkahwinan disorok ...
- Wanita Sebabkan Kematian 3 Pelajar UiTM Layak Dibi...
- Penyanyi 'Soho' Kelantan Dibicara Di Narathiwat
- Azalina tak setuju GAG order terhadap Titah Adendum
- Guru didakwa cabul murid darjah enam dalam rumah h...
- Permohonan Cabar Penahanan CEO GISBH, Isteri Ditolak
- Bas Rombongan 24 Jemaah Surau Terbabit Nahas Rempu...
- Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak m...
- RESPONS DR AKMAL LEPAS JAKIM SAHKAN LOGO HALAL PALSU
- Larang ulas adendum buat rakyat percaya ada rahsia...
- Lebih 300 Jemaah Umrah Terkandas
- Rafizi Kini Bergelar Datuk Seri
- Buaya Terlepas Dari Kandang
- Fenomena Air Pasang Besar
- WARGA ASING "SCAM" PEMANDU GRAB
- Rogol Adik Kandung, Nelayan Dihukum Penjara 40 Tah...
- Bapa Maut, Dua Anak Cedera Dalam Nahas Di LPT2
- Lelaki Maut, Isteri Cedera Kereta Terbakar
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
-
▼
Jan 2025
(746)