Translate

14 January 2025

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim



Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim

Bernama

14/01/2025


Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman fitnah difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menolak permohonan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman fitnah difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau dan tiga lagi berhubung pendakwaan berniat jahat.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman fitnah difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad. Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Roz Mawar menganugerahkan kos sebanyak RM20,000 kepada Shahrir dan menetapkan 4 Mac untuk mendengar permohonan Thomas bagi menangguhkan prosiding perbicaraan sehingga keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan. Thomas memfailkan permohonan ini pada 26 Ogos tahun lepas, mendakwa Roz Mawar membuat dapatan tidak berasas.

Shahrir memfailkan saman pada Disember 2023, menamakan Thomas, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, SPRM, dan kerajaan sebagai defendan. Saman ini berkaitan cek RM1 juta yang diterima Shahrir daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kerja-kerja pemulihan projek perumahan Puri Langkasuka di Larkin, Johor.

Semasa membuat keputusan itu, Hakim Roz Mawar berkata terdapat satu trend tidak sihat telah muncul apabila pihak-pihak yang terlibat dalam litigasi cuba menarik diri hakim daripada mendengar kes mereka, yang boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman negara.

"Seorang litigant berhak memohon supaya hakim menarik diri, tetapi permohonan itu mesti dibuat selepas mempertimbangkan kesan buruk yang mungkin timbul terhadap integriti badan kehakiman dan pentadbiran keadilan.

"Pada pendapat saya, cara permohonan menarik diri ini dibuat dan alasan yang digunakan sangat tidak berasas dan tidak masuk akal, malah boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap mahkamah," katanya.

Roz Mawar juga menganugerah kos sebanyak RM20,000 kepada Shahrir dan menetapkan 4 Mac ini untuk mendengar permohonan Thomas bagi menangguhkan prosiding perbicaraan sehingga keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Peguam Alan Adrian Gomez mewakili Thomas, manakala Shahrir diwakil peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Thomas memfailkan permohonan itu pada 26 Ogos tahun lepas, mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan dalam saman itu dan bukti yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Bagaimanapun, Shahrir membantah permohonan itu, dengan alasan bahawa hakim tidak seharusnya menarik diri hanya kerana Thomas tidak berpuas hati dengan alasan beliau.

Pada 3 Julai lepas, Roz Mawar menolak permohonan Thomas untuk membatalkan saman tersebut dan kes dijadualkan untuk perbicaraan penuh selama tujuh hari pada 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bharu itu memfailkan saman tersebut pada Disember 2023, menamakan Thomas, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan sebagai defendan.

Saman Shahrir adalah berkaitan sekeping cek RM1 juta yang diterima beliau daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan kerja-kerja pemulihan projek perumahan Puri Langkasuka di Larkin, Johor.

Thomas, yang menjadi Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Feb 2020 menafikan dakwaan Shahrir terhadap beliau termasuk salah guna kuasa dan menyifatkan ia sebagai "tidak boleh dipertahan".

Beliau berkata budi bicara sama ada untuk mendakwa hanya boleh dilaksanakan selepas Pendakwa Raya menerima kertas siasatan daripada agensi penyiasat seperti SPRM.

Thomas menjelaskan beliau meletak jawatan pada 28 Feb 2020, dan perbicaraan kes jenayah Shahrir bagi pertuduhan itu bermula pada 26 Julai 2022.

Pada 5 Jan 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytihar pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED