Translate

15 January 2025

Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan



Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan

Bernama

15/01/2025


Lubang jalan biasanya terbentuk apabila air meresap ke dalam rekahan pada permukaan jalan akibat hakisan biasa. - Gambar hiasan/UNSPLASH


SINGAPURA: Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan, lapor Xinhua.

Angka ini jauh lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024, menurut data daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dipetik oleh akhbar tempatan The Straits Times pada Selasa.

Lubang jalan biasanya terbentuk apabila air meresap ke dalam rekahan pada permukaan jalan akibat hakisan biasa. Rekahan ini melebar apabila kenderaan melalui kawasan tersebut, satu proses yang semakin teruk akibat hujan lebat yang berpanjangan, jelas jurucakap LTA.

Pemeliharaan jalan yang proaktif membantu mengurangkan jumlah lubang jalan yang dikesan setiap tahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Data LTA menunjukkan penurunan daripada 9,702 lubang jalan pada 2021 kepada 3,013 pada 2024.

Dengan Singapura masih berada dalam fasa hujan monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga akhir Januari, Bernard Tay, Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, menggesa pemandu untuk sentiasa berhati-hati.

"Pemandu harus bersiap sedia hadapi cuaca lembap dengan memastikan alat pengelap kenderaan dan tayar berfungsi dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED