Translate

05 December 2024

Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah dana pelaburan Khazanah, PNB RM8 juta











Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, pada 5 Disember, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu. Vivy atau nama penuhnya, Vivy Sofinas Yusof, 36, dan Fadzaruddin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd (FV) dan di dalam kapasiti itu diamanahkan dengan harta iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana pelaburan itu di mana dengan curangnya membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FV kepada syarikat, 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat itu. Kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Plaza Damansara Bukit Damansara, di Kuala Lumpur, pada 21 Ogos 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon jaminan RM100,000 hingga RM200,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Pendakwaan juga mohon syarat tambahan supaya pasangan ini menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan. Mendengar hujah kedua-dua pihak, Rosli membenarkan Vivy dan Fadzaruddin masing-masing dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan. Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED