Translate

04 December 2024

Usahawan mikro jana RM23 juta peningkatan hasil jualan - INSKEN



Usahawan mikro jana RM23 juta peningkatan hasil jualan - INSKEN

Astro Awani

04/12/2024


Ewon Benedick (tengah) menyempurnakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2024 baru-baru ini.


KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menjana sebanyak RM23 juta peningkatan hasil jualan kepada ekonomi negara.

Ia disumbangkan melalui pelaksanaan program bimbingan institusi itu sepanjang tahun 2024 melibatkan 19 program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan lima program Bimbingan Keuntungan Menu.

INSKEN dalam kenyataan berkata, 245 peratus peningkatan skor diagnostik turut direkodkan oleh 25 usahawan yang baru menamatkan program bimbingan usahawan permulaan tersebut.

“Secara keseluruhan INSKEN menggandakan sebanyak RM6.10 bagi setiap RM1.00 bajet yang dibelanjakan khusus untuk 24 program tersebut.

“Manakala empat Program INSKEN Start-Up Coaching turut diadakan di sepanjang tahun ini dan pencapaiannya diukur melalui peningkatan skor diagnostik,” kata kenyataan itu.

Institusi itu menambah, secara keseluruhan, 815 usahawan mikro yang tamat mengikuti Program Bimbingan INSKEN pada 2024 juga merekodkan sebanyak 468 pekerjaan baharu melalui program IBBC.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick dalam kenyataan sama berkata, KUSKOP dan agensi-agensi di bawahnya termasuk INSKEN akan memanfaatkan sebaiknya Belanjawan 2025.

Beliau yakin INSKEN komited melaksanakan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui peruntukan yang akan diberikan.

“Ini seterusnya dapat memantapkan ekosistem keusahawanan negara dengan hasil-hasil pencapaian cemerlang seperti hari ini,” jelas Ewon.

Sebelum itu, Ewon menyempurnakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2024 bagi meraikan 294 usahawan

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, institusi itu telah menggunakan peruntukan yang disalurkan sebaiknya sehingga mampu menyumbang RM23 juta peningkatan hasil jualan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 5 hrs 15 mins ago