Translate

20 December 2024

Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di TikTok



Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di TikTok

Bernama

20/12/2024


Mangsa terperdaya dengan menyertai skim pelaburan saham menjanjikan keuntungan lumayan yang ditawarkan di platform TikTok.


KUANTAN: Seorang pesara wanita mengalami kerugian lebih RM134,000 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi TikTok pada 10 Disember lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 63 tahun pada mulanya berminat menyertai skim pelaburan saham menjanjikan keuntungan lumayan yang ditawarkan di platform media sosial itu.

Beliau berkata mangsa kemudiannya menerima pautan untuk menyertai satu kumpulan di aplikasi Telegram sebelum melabur RM30 dan mendapat pulangan RM45.

"Wanita itu mula percaya dengan keuntungan yang diperoleh dan menambah modal pelaburan dengan membuat 12 transaksi menggunakan wang simpanannya ke sembilan akaun berbeza bernilai lebih RM134,000.

"Namun, mangsa mengesyaki diperdaya setelah diminta menambah modal untuk mengeluarkan pulangan hasil pelaburan itu," katanya.

Yahaya berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED