Translate
02 December 2024
Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi
Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi
Astro Awani
02/12/2024
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember tahun 2024 di Dewan De’ Seri Endon. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
PUTRAJAYA: Penjawat awam digesa untuk meningkatkan prestasi selaras dengan kenaikan gaji yang bermula bulan ini, susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa pada 1 Disember.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.
"Pelaksanaan SSPA bermula bulan ini, seperti yang dijanjikan. Tahniah kepada mereka yang menerima kenaikan gaji. Namun, seperti yang saya tekankan, kita setuju dengan ini (SSPA) kerana kita mengiktiraf dan menganggap ia wajar diberikan.
"Tetapi, saya hanya berharap agar saudara-saudara (penjawat awam) memastikan prestasi jauh lebih baik kerana rakyat menuntut perkhidmatan yang lebih berkualiti."
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember tahun 2024 di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, di sini pada Isnin.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Pada 13 Sept lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilaporkan berkata penjawat awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt hingga 30 Nov ini untuk memilih sama ada SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum ia berkuat kuasa 1 Dis ini.
Shamsul Azri menasihatkan penjawat awam yang masih keliru mengenai manfaat SSPA agar tidak sewenang-wenangnya menerima maklumat yang diperoleh dari media sosial sebaliknya membuat rujukan dengan JPA.
Tahun lalu, kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Panggilan Setempat (PPS) SSPA sebagai platform untuk memberi penjelasan tepat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan penjawat awam berhubung sistem saraan baharu itu.
Sejak pengenalan SSPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2024 pada 13 Septe lepas, sebanyak 54 sesi libat urus telah dilaksanakan untuk memberikan penerangan mengenai sistem saraan itu.
Pengenalan SSPA adalah sebahagian daripada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang lebih besar, bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam selain membantu mengurangkan kos sara hidup bagi pegawai awam.
Sistem saraan baharu ini dibangunkan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sektor awam, selaras dengan dasar Malaysia MADANI.
Popular Posts - Last 7 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
-
Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance over withdrawal of RM1 mil from Armada account Bernama 29/11/2024 Judge Datuk Azhar Abdul H...
-
Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke Bernama 25/11/2024 According to Transport Minist...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
Blog Archive
-
▼
2024
(4638)
-
▼
Dec 2024
(44)
- Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjela...
- 'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Te...
- Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam ting...
- Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu sa...
- Banjir: PM Anwar sifatkan persiapan jentera 'luar ...
- Combating cybercrime MADANI government to table tw...
- Ringgit slightly higher against US dollar in early...
- Liverpool 2 - 0 Manchester City | 2024/25 Premier ...
- Mangsa meningkat sedikit ke 138,042 setakat 6 pagi...
- Liverpool 2 - 0 Manchester City | 2024/25 Premier ...
- Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Re...
- Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangs...
- SPM diteruskan hari ini, ribuan calon terjejas banjir
- Trump intends to replace current FBI Director with...
- Long COVID appears to be driven by ‘long infection...
- Gaza facing most intense bombings since WWII: UN a...
- Manchester United 4 - 0 Everton | 2024/25 Premier ...
- Sultan Pahang titah agensi berkaitan kemas kini da...
- Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, pendudu...
- Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - ...
- Pekerja ladang diburu, suspek bunuh, cederakan rak...
- Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makana...
- Ewon Benedick dipilih pengerusi PH Sabah yang baharu
- Floods: PM announces additional RM50 Mln allocatio...
- Tanah Runtuh Di Jalan Gua Musang-Jeli, Lebih 3,000...
- Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecur...
- Tiada darurat dan RM50 juta untuk mangsa banjir Ke...
- 5,600 anggota, pegawai ATM diatur gerak bantu mangsa
- Tragedi rebus telur, 33 penghuni tinggal sehelai s...
- PM tiba di Kuala Terengganu tinjau, lawat mangsa b...
- Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lok...
- Pakistan Zahir Hasrat Hantar Bantuan Kepada Mangsa...
- Banjir: Sultan Pahang titah masjid, surau lakukan ...
- Kerani kedai emas rugi RM2.65 juta terperdaya pela...
- Keadaan banjir semakin buruk, mangsa mencecah 152,...
- PERLAKUAN ISTIMEWA PRABOWO Dikawal 4 Pesawat Tempu...
- New Bersatu sec-gen Azmin predicts early general e...
- BANJlR Kedah Kediaman MB Pangkalan TUDM Dinaiki Ai...
- TERKINI BANJlR KEDAH 🔴 RUMAH MB BESAR DILANDA BAN...
- Mat Sabu cadang tukar nama UPM, Sultan Selangor be...
- M’sian Man Splurges RM13K on Steak at Dubai’s Salt...
- Mengamuk Selepas Motosikal Disita JPJ
- West Ham United 2 - 5 Arsenal | 2024/25 Premier Le...
- Motorcyclist crushed by fallen barrier, survives w...
-
▼
Dec 2024
(44)