Translate

14 December 2024

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan



Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan

Bernama

14/12/2024


Papagomo dibebaskan semalam dengan jaminan polis selepas memberi keterangan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat, dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Wan Muhammad Azri dibebaskan selepas polis selesai merekod keterangannya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini 16 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Wan Muhammad Azri, 41, ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di kediamannya di Putrajaya, pada pukul 1.30 pagi semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam. 

- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED