Translate
03 December 2024
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Bernama
03/12/2024
Najib menegaskan bahawa beliau secara konsisten menyokong untuk TIA kekal berada di bawah kerajaan negeri Terengganu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah mengadakan perbincangan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) atau bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengenai transisi Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama, bekas perdana menteri itu juga menegaskan bahawa beliau secara konsisten menyokong untuk TIA kekal berada di bawah kerajaan negeri Terengganu.
"Semasa Mesyuarat Kabinet pada 17 Jun 2009, saya memaklumkan kepada Kabinet bahawa Kementerian Kewangan memilih pilihan kedua iaitu Menteri Besar Terengganu Incorporated (MBTI) melaksanakan kawalan sepenuhnya ke atas TIA, dengan jaminan back-to-back daripada Kerajaan Persekutuan.
"Sekiranya Jho Low benar-benar bersubahat dengan saya untuk memastikan TIA bertukar kepada 1MDB dan jika ada perbincangan mengenai perkara ini antara saya, Jho Low dan Tan Sri Nor Mohamed pada masa lepas, maka tidak ada keperluan kepada satu surat yang begitu terperinci yang cuba meyakinkan saya dan dia (Nor Mohamed) untuk bersetuju untuk merubah TIA kepada 1MDB," katanya.
Najib membela dirinya terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB bersama 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Pada 30 Okt, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri atas kesemua 25 pertuduhan, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu bagi kesemua pertuduhan pada akhir kes pendakwaan.
Terdahulu, Najib menjelaskan bahawa isu merubah TIA sebagai badan Persekutuan timbul selepas ketua pegawai eksekutifnya ketika itu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, menulis surat kepadanya dan Nor Mohamed pada 25 Mei 2009, yang menyatakan mengenai konflik dalaman antara pengurusan TIA dan MBTI.
Dalam surat itu, Shahrol Azral mencadangkan TIA berkembang menjadi 1MDB, dimodelkan selepas dana kekayaan negara Abu Dhabi, Mubadala.
"Hanya ketika perbicaraan ini, saya dapat tahu bahawa surat itu telah didrafkan oleh Shahrol Azral dan Jho Low di kediaman Jho Low. Shahrol Azral percaya terdapat perbincangan antara saya, Nor Mohamed dan Jho Low berhubung penukaran TIA kepada 1MDB, meletakkan itu di bawah Kerajaan Persekutuan.
"Saya tidak dapat mengingati secara khusus surat ini, kerana tidak ada pengakuan daripada saya atau pejabat saya, tiada notifikasi oleh saya, dan juga telah tidak ditunjukkan kepada saya semasa siasatan. Jika saya menerima surat ini pada masa itu, saya akan menganggap bahawa Datuk Shahrol telah menyediakannya, kerana beliau adalah penandatangannya, saya tidak akan tahu bahawa Jho Low membantu Shahrol dalam merangkanya," kata Najib.
Najib berkata agak pelik untuk Shahrol Azral mencadangkan semasa perbicaraan ini bahawa beliau mewakilkan pendrafan surat itu kepada Jho Low, semata-mata kerana hubungan rapat antara Jho Low dan beliau.
"Sekiranya hubungan saya dengan Jho Low sebenarnya begitu rapat, maka Shahrol Azral yang mempunyai kuasa untuk mengambil kakitangan pengurusan, sepatutnya melantik Jho Low sebagai pembantu atau perundingnya dan dengan cara ini, Jho Low akan diberi kuasa secara rasmi untuk merangka dan menandatangani surat, tanpa membuat saya percaya bahawa Shahrol Azral sendiri adalah pengarangnya.
"Selain itu, memandangkan alasan Shahrol Azral membenarkan Jho Low merangka surat itu disebabkan hubungan rapat saya dengan Jho Low, adalah munasabah untuk saya menganggap Shahrol Azral, terhutang budi kepada rakan baik dan pelanggannya (Jho Low), bahawa dia membenarkan Jho Low menguruskan perkara mengikut kehendaknya, walaupun ia bermakna mengelirukan saya, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu," katanya.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
-
Elton John says he has lost his eyesight Reuters 04/12/2024 In an emotional speech from the stage of the Dominion Theatre at the end of the...
-
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina Astro Awani 02/12/2024 Mohd Shuhaily berkata, kebanyakan mangsa pemerda...
-
Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance over withdrawal of RM1 mil from Armada account Bernama 29/11/2024 Judge Datuk Azhar Abdul H...
-
Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi Astro Awani 02/12/2024 Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menter...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
Blog Archive
-
▼
2024
(4710)
-
▼
Dec 2024
(116)
- Usahawan mikro jana RM23 juta peningkatan hasil ju...
- Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan ...
- KLIA di ranking pertama prestasi global bagi kuali...
- PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
- Curi wang penumpang pesawat, dua usahawan China di...
- Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
- Jasad Ananda Krishnan selamat disemadikan
- Banjir: Penurunan ketara di kebanyakan negeri, leb...
- Elton John says he has lost his eyesight
- Signing of JS-SEZ agreement with Singapore postpon...
- AI-generated explicit content increases, MCMC remo...
- South Korean president faces impeachment after mar...
- Najib denies responsibility for US$1 billion loss ...
- Wartawan berarak ke parlimen bantah pinda Akta Mes...
- Vivy Yusof Dan Suami Akan Didakwa Esok
- Data 17 Juta MyKad Didakwa Bocor
- Tiga Penjenayah Mati Di Tangan Polis
- Polis Johor Gempur Pusat Panggilan Scammer
- Jumlah mangsa banjir berkurangan pagi ini, situasi...
- Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat terus a...
- Singapore PM Lawrence Wong tests positive for Covi...
- Update Dua Dua Dah Kena Ceekup
- Sabah Videos- WHISTLEBLOWER releases more videos |...
- Pengeluaran minyak mentah, kondensat susut kepada ...
- Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
- JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbai...
- ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
- 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperken...
- BNM issues three commemorative coin designs for sa...
- Delaware judge rejects Musk's $56 billion Tesla pa...
- NSRC successfully blocked RM19 million from being ...
- TDM sahkan kehilangan dua anggota ketika operasi d...
- GISB: Parents, guardians of rescued children need ...
- South Korea's President Yoon reverses martial law ...
- Park Min-jae death: South Korean actor known for L...
- Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spe...
- 'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya ...
- 'Yang hapuskan peperiksaan adalah KPM' - Radzi jaw...
- Kertas Siasatan Kerugian Dalam FashionValet Akan D...
- Polis Bantuan Maut Kereta Dinaiki Rempuh 4X4
- 'Ketimbang, tebuk atap' - Rayer bertikam lidah den...
- 'Buat malu sama-sama MP kerajaan bergaduh!'
- Empat terkorban akibat banjir di Terengganu setaka...
- Bukan tolak kemajuan, tapi mahu penyelesaian banjir
- Banjir: Lebih 4,000 penyakit berjangkit dikesan di...
- Bomoh cabul remaja dipenjara 50 tahun, 13 sebatan
- Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
- BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancama...
- NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam...
- Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 77,697 orang,...
- Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
- Jika Bank Cuai, Mangsa Scam Perlu Dapat Balik - PM
- Suami Zahnita Wilson Direman Tiga Hari
- Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan ...
- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
- Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mang...
- Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi ba...
- Biden says he has pardoned his son, Hunter
- Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ...
- Malaysia urges Chinese firms to avoid using it to ...
- New Zealand suspends poultry exports after first c...
- Trump names his daughter’s father-in-law, as a sen...
- Thailand, Malaysia brace for fresh wave of floods ...
- New US solar tariffs on Southeast Asia to raise pr...
- Australian social media ban started with call to a...
- Najib Baca 335 Muka Surat Pembelaan
- Zahnita Muat Naik Gambar Mata Lebam
- Dua wanita asing tawar seks kepada polis didenda R...
- Sidang Dewan Kecoh Selepas Tebrau Didakwa Tidak Ta...
- Jangkaan hujan berterusan 8 hingga 14 Disember 2024
- Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 110,213 orang...
- Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan diangg...
- Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjela...
- 'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Te...
- Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam ting...
- Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu sa...
- Banjir: PM Anwar sifatkan persiapan jentera 'luar ...
- Combating cybercrime MADANI government to table tw...
- Ringgit slightly higher against US dollar in early...
- Liverpool 2 - 0 Manchester City | 2024/25 Premier ...
- Mangsa meningkat sedikit ke 138,042 setakat 6 pagi...
- Liverpool 2 - 0 Manchester City | 2024/25 Premier ...
- Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Re...
- Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangs...
- SPM diteruskan hari ini, ribuan calon terjejas banjir
- Trump intends to replace current FBI Director with...
- Long COVID appears to be driven by ‘long infection...
- Gaza facing most intense bombings since WWII: UN a...
- Manchester United 4 - 0 Everton | 2024/25 Premier ...
- Sultan Pahang titah agensi berkaitan kemas kini da...
- Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, pendudu...
- Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - ...
- Pekerja ladang diburu, suspek bunuh, cederakan rak...
- Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makana...
- Ewon Benedick dipilih pengerusi PH Sabah yang baharu
- Floods: PM announces additional RM50 Mln allocatio...
- Tanah Runtuh Di Jalan Gua Musang-Jeli, Lebih 3,000...
- Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecur...
- Tiada darurat dan RM50 juta untuk mangsa banjir Ke...
- 5,600 anggota, pegawai ATM diatur gerak bantu mangsa
-
▼
Dec 2024
(116)