Seorang bomoh yang juga bekas jurulatih muay thai dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 13 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Selasa, atas empat tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan dipercayai bagi tujuan mengubati sihir, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob. Tertuduh, Zemi Rahim, 51, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.