MAQIS P. Pinang rampas 27 tan sosej dari China
BERNAMA
20 December 2024

Sosej dari China yang dirampas di NBCT, Pulau Pinang
BUTTERWORTH- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 27 tan produk sosej sejuk beku bernilai RM37,617 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara di sini hari ini.
MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari China mendapati dokumen import mengelirukan dengan pengimport mengisytiharkan konsainan dagangan yang dibawa masuk itu daripada jenis Frozen Cuttlefish Intestines.
“Hasil keputusan analisis sampel melalui kaedah analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) mendapati konsainan berkenaan mempunyai DNA ayam, berbeza dengan kandungan yang diisytiharkan.
“Kemasukan sosej tanpa pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal boleh menyebabkan risiko kemasukan makanan berasaskan haiwan yang dikhuatiri kesahihan dalam aspek keselamatan agromakanan dan halal,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
— BERNAMA