Translate

14 December 2024

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS



Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS

Bernama

14/12/2024


Menurut JPS, di Tumpat kawasan yang dijangka banjir ialah lembangan Sungai Golok (Sungai Pengkalan dan Sungai Mentua), lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Pengkalan Nangka. - Gambar fail/Bernama


KOTA BHARU: Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut kenyataan amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Kenyataan amaran JPS itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Menurut JPS, di Tumpat kawasan yang dijangka banjir ialah lembangan Sungai Golok (Sungai Pengkalan dan Sungai Mentua), lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Pengkalan Nangka.

Bagi Pasir Mas pula melibatkan lembangan Sungai Golok (Sungai Lemal Mati, Sungai Lemal, Sungai Rengas, Sungai Lacang, Sungai Tasik Danau To’Uban, Sungai Tasek Garu, Sungai Lanchang, Sungai Bunut Susu dan Sungai Meranti) dan Lembangan Sungai Kelantan.

"Di Kota Bharu melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Banggol Chicha, Sungai Gutong, Sungai Ketereh, Sungai Che Latif, Sungai Kemasin, Sungai Keseng, Sungai Melor, Sungai Mulong, Sungai Pengkalan Chepa, Sungai Pengkalan Datu, Sungai Raja Gali, Sungai Seribong dan Sungai Tikat).

"Selain itu, di Tanah Merah melibatkan lembangan Sungai Golok (Sungai Jegor dan Sungai Lanas) dan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Jegor, Sungai Air Bujing, Sungai Kusial, Sungai Manal dan Sungai Jedok)," menurut kenyataan itu.

Menurut JPS, turut terbabit lembangan Sungai Gali, lembangan Sungai Kemasin (Sungai Jelawat) dan lembangan Sungai Semerak (Sungai Lubuk Nibong dan Sungai Melor) di Bachok.

Di Machang melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Abal, Sungai Bagan, Sungai Dalu, Sungai Galang, Sungai Hala, Sungai Hau, Sungai Joh, Sungai Kemudu, Sungai Kerak, Sungai Kerawang, Sungai Kweng Hitam, Sungai Maka, Sungai Panyit, Sungai Penasa, Sungai Penggam, Sungai Pertok, Sungai Pulai Condong, Sungai Rengas, Sungai Sat, Sungai Tanah Liat, Sungai Wek dan Sungai Sal).

Manakala di Pasir Puteh pula melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Semerak dan Sungai Tasek) dan lembangan Sungai Semerak (Sungai Belida, Sungai Besut, Sungai Daran Buaya, Sungai Jelor, Sungai Kelong, Sungai Tasek Pauh, Sungai Cherang Ruku, Sungai Bukit Abal, Sungai Buaya Ikat, Sungai Jeram dan Sungai Rasau).

Sementara itu, di Kuala Krai yang terbabit ialah lembangan Sungai Kelantan (Sungai Durian, Sungai Tagor, Sungai Galas, Sungai Sedulek, Sungai Geh, Sungai Nal, Sungai Lebir, Sungai Mel, Sungai Mesek, Sungai Pahi, Sungai Rek, Sungai Sam, Sungai Mas, Sungai Bedal, Sungai Geh, Sungai Kesang, Sungai Gatal, Sungai Lata Tunggil, Sungai Temalir, Sungai Pergau, Sungai Pertang, Sungai Salor, Sungai Sok, Sungai Cucuh Puteri dan Sungai Kerai).

Kenyataan itu memaklumkan di Jeli melibatkan lembangan Sungai Golok (Sungai Buloh, Sungai Lanas, Sungai Legeh dan Sungai Satan), lembangan Sungai Pergau (Sungai Chenedoh, Sungai Senolek, Sungai Kuak, Sungai Repang dan Sungai Buloh) dan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Pergau, Sungai Belahat, Sungai Jeli, Sungai Jentiang dan Sungai Taduh).

Dalam pada itu, di Gua Musang melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Aring, Sungai Chalil, Sungai Chiku, Sungai Cindai, Sungai Galas, Sungai Keneras, Sungai Ketil, Sungai Lebir, Sungai Nenggiri, Sungai Paloh dan Sungai Tupai).

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa dijangkakan.

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama yang di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED