Translate

21 December 2024

Kritik pelantikan Musa Aman: Anwar tak setuju Fahmi Reza ditangkap, didakwa



Kritik pelantikan Musa Aman: Anwar tak setuju Fahmi Reza ditangkap, didakwa

Astro Awani

21/12/2024


Anwar tidak bersetuju jika Fahmi Reza (foto) ditangkap atau didakwa kerana mengeluarkan poster dipercayai memperlekeh pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. -Gambar fail/Bernama


SUBANG JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju jika aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditangkap atau didakwa susulan mengeluarkan poster yang dipercayai memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Anwar Ibrahim tidak bersetuju jika Fahmi Reza ditangkap atau didakwa kerana mengeluarkan poster yang dipercayai memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Anwar percaya bahawa tidak semua kritikan terhadap kerajaan atau Perdana Menteri memerlukan siasatan polis, kecuali jika melibatkan hasutan agama dan Raja-Raja Melayu.

Fahmi Reza sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Anwar berkata beliau secara peribadi tidak percaya bahawa semua kritikan terhadap kerajaan atau Perdana Menteri memerlukan siasatan polis.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan jika ia melibatkan hasutan agama dan Raja-Raja Melayu, perkara itu di luar bidang kuasanya.

"Terus-terang, saya fikir untuk maksud hal ini, saya nak gesa dan nasihat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis, dalam kes kritikan kepada Perdana Menteri, biar sahajalah.

"Tetapi kalau ia melanggar (batas) macam sekarang ini melibatkan Raja-Raja, itu di luar (bidang kuasa) saya.

"Majlis Raja-Raja kata tak setuju Raja-Raja disepak terajang kerana Raja-Raja tak boleh jawab dan bukan dalam permainan politik.

"Kena ingat, kadang-kadang hasutan mencuit perasaan agama yang kuat.

"Jadi saya tidak setuju nak ambil semua kes yang mengkritik kerajaan dan menyindir, tak payah.

"Tetapi kalau ia melibatkan kaum dan agama, itu susah jika kita mula 'memaafkan'... ini boleh pecah belah kita," katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Polis telah merekod keterangan Fahmi pada Khamis untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) Bukit Aman selepas laporan diterima pihaknya pada Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED