Translate

11 December 2024

Kenyataan balas Hospital Bersalin Razif kes simpan mayat bayi beku kerana tidak mampu baiayai kos kelahiran,




11/12/2024








HOSPITAL BERSALIN RAZIF

Kenyataan Media

11 Disember 2024

Hospital Bersalin Razif (HBR) ingin memberi maklum balas terhadap semua dakwaan yang dibuat di media sosial baru-baru ini.

Pesakit ini, yang mendakwa kehamilan pertamanya, datang ke HBR semasa berada dalam fasa bersalin. Beliau tidak pernah menjalani pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilannya.


Beliau mendakwa hanya memantau kehamilannya menggunakan aplikasi telefon.

Beliau dibawa ke hospital oleh “suami”nya (kemudian beliau mengaku bahawa beliau tidak berkahwin). Memandangkan sakit bersalin yang kuat, beliau dibawa terus dari kereta ke bilik pemeriksaan dengan menggunakan kerusi roda untuk penilaian segera.

HBR terpaksa menerima pesakit ini atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa tempahan dan pemeriksaan saringan.


Beliau dihantar ke bilik bersalin dan melahirkan bayi tersebut hampir serta-merta. Bayinya mengalami sindrom siklop (cyclops syndrome) dengan satu mata, tanpa hidung, dan tanpa dubur. “Suami”nya tidak menemani beliau semasa proses bersalin.

Doktor menjelaskan kepada “suami” tentang keadaan bayi dan memintanya untuk melakukan azan. Suntikan rutin diberikan kepada bayi dan dirancang untuk rujukan, namun bayi itu bertukar menjadi pucat kebiruan. Bayi tersebut meninggal dunia beberapa minit kemudian.



Permit pengebumian telah ditandatangani dan doktor memberitahu “suami” untuk aturkan pengebumian pada keesokan harinya. “Suami” tersebut kemudian meninggalkan hospital dengan alasan perlu pergi ke tempat lain.

Pesakit dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar hospital pada hari berikutnya dan beliau memaklumkan tidak mampu untuk membayar keseluruhan bil sebanyak RM2,480.


Beliau kemudian diberitahu bahawa boleh atur pengebumian terlebih dahulu sebelum membayar bil. Kemudian beliau mengatakan “suami”nya akan mengatur pengebumian tersebut. Oleh itu, HBR menunggu untuk beliau mengambil bayi untuk pengebumian.


Selepas beberapa hari, HBR terus mengingatkan beliau untuk meneruskan pengebumian tetapi beliau terus mengatakan bahawa “suami”nya sedang uruskan. Beliau dilayan dengan baik di hospital, mendapat kaunseling, dan diberikan makanan percuma.

“Suami”nya datang melawat hanya untuk beberapa minit setiap 2 hingga 3 hari.


Percubaan untuk berbincang dengannya tentang pengebumian gagal.


Pengurusan HBR kemudian berbincang dengan pesakit untuk melibatkan pihak polis bagi membantu menyelesaikan soal pengebumian tetapi beliau merayu agar tidak melibatkan pihak polis.

Beliau terus mengatakan bahawa semua keputusan akan dibuat oleh “suami”nya. HBR cuba mendapatkan maklumat tentang keluarga tetapi beliau enggan memberikannya kepada sesiapa.


Beliau mendakwa tinggal di rumah sewa bersama “suami”nya. Beliau tidak mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan terdekat.

HBR kekal komited terhadap ketelusan dan kepatuhan dalam semua urusan kami.

Diterjemah oleh : Muhamad Harris Nasril
Muat

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED