Translate

21 December 2024

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah



Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

Bernama

21/12/2024


MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Di Sabah pula kawasan dijangka terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), menurut kenyataan itu.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED