Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Bernama
12/12/2024
MetMalaysia berkata, lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
"Di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, diikuti Perak (Hulu Perak) manakala di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
"Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hisham berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan atau menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.
-- BERNAMA