Translate

18 October 2024

Belanjawan 2025: SPRM tekad basmi rasuah, tingkatkan integriti sektor awam - Azam Baki



Belanjawan 2025: SPRM tekad basmi rasuah, tingkatkan integriti sektor awam - Azam Baki

Astro Awani

18/10/2024


Tegas Azam, SPRM akan berusaha keras membasmi rasuah di negara ini serta meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam selain memacu kejayaan pembangunan dan ekonomi. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat pembakar semangat kepada warga suruhanjaya itu untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, peningkatan itu menunjukkan iltizam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam agenda membanteras rasuah di negara ini.

Tegasnya, SPRM akan berusaha keras membasmi rasuah di negara ini serta meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam selain memacu kejayaan pembangunan dan ekonomi.

"SPRM juga akan membantu memperbaiki tatakelola dalam perkhidmatan awam bagi membantu mengurangkan rasuah dan ketirisan," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam Pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta pada tahun 2025 ketimbang RM338 juta, tahun lalu.

Katanya, kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada SPRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.

Malah, tegasnya, angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus penangkapan dan pembukaan kertas siasatan untuk tahun 2023 berbanding sebelumnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED