Translate

19 October 2024

Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM



Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM

Astro Awani

19/10/2024


Anwar memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia, malah berhasrat melawan persepsi negatif terhadap Islam di peringkat dunia. - Gambar JaPen


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia, malah berhasrat melawan persepsi negatif terhadap Islam di peringkat dunia.

Ini adalah antara pengumuman Anwar pada Jumaat:

* Kerajaan akan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.

* Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion. Sebahagian peruntukan untuk memperkasa institusi pendidikan Islam:

* RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam JAKIM seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.

* Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.

* Bagi membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM, Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak 100 ringgit.

* Kerajaan akan meluncurkan ikhtiar wakaf Al-quran dengan niat untuk mencetak sejuta naskhah al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia dengan terjemahan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin dan Sweden.

* Bagi menyokong usaha pengumpulan bantuan untuk rakyat Palestin atas tanggungjawab bersama, Kerajaan mencadangkan skop pelepasan cukai untuk badan amal di bawah Seksyen 44(6) Akta 121 Cukai Pendapatan diperluas meliputi sumbangan kepada bukan warganegara yang terjejas.

* Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta bagi menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED