Translate

26 May 2024

Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR



Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR

Bernama

25/05/2024
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.

Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR



KUALA LUMPUR: Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung kes video tular seorang wanita warga tempatan tidak berpuas hati anaknya didenda oleh guru sekolah di Ampang, ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ibu mangsa berusia 34 tahun itu, mendakwa anaknya berusia 11 tahun diarahkan guru berkenaan untuk berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam, sebagai satu bentuk denda pada 30 April lepas.

Namun beliau berkata hasil siasatan mendapati, suspek yang merupakan guru lelaki warga tempatan berumur 37 tahun, telah memberi hukuman denda berdiri kepada mangsa bersama tiga lagi rakannya yang lain selama 10 minit.







"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami heat exhaustion. Siasatan telah lengkap dan dirujuk ke Pejabat TPR Selangor untuk penelitian lanjut kertas siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video di media sosial di mana ibu mangsa bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah menyatakan tidak berpuas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian kes terbabit.

Mohd Azam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pemandu Pusing Bulatan Dari Siang Hingga Malam Dis' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 4 hrs 54 mins ago