Translate

26 May 2024

KONSERT AMAL LEGENDS - RAMLI SARIP, KHATIJAH IBRAHIM, AWIE DAN RAHIMAH OLEH KARYAWAN UNTUK BANTU PENGGIAT SENI VETERAN

 






 Konsert "Legends" ini akan menampilkan 4 Artis legenda yang telah membina industri seni tanahair selama ini iaitu Ramli Sarip, Awie, Khatijah Ibrahim dan Rahimah Rahim. 


Ia akan diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 2 Jun 2024.

Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata keempat-empat artis adalah legenda dalam hak mereka sendiri dan mempunyai pangkalan peminat setia ."Ia menjanjikan persembahan yang hebat kerana mereka akan membawa penonton ke lorong ingatan dengan mempersembahkan lagu-lagu hits mereka dari tahun 1980-an hingga hari ini."


Mereka akan diiringi oleh pemuzik berbakat dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dibawah kelolaan Profesor Ramlan Imam.

Tarikh: Ahad 2 Jun 2024

Masa: 8.00-11.00 Malam

Tempat: Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur 54000

Artis:

DATUK KHATIJAH IBRAHIM

DATUK RAMLI SARIP

DATUK AWIE (WINGS)

RAHIMAH RAHIM


Karyawan berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang gemilang yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut :-

1. Penaja Meja Berlian - RM 100,000

2. Penaja Meja Platinum - RM 50,000

3. Penaja Meja Emas - RM 10,000

4. Penaja Meja Perak - RM 5,000

5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

Tiket untuk individu juga ada dijual dengan harga RM200.00

Pihak yang berminat, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi talian Dato’ Freddie Fernandez di talian 012-2071400 / emel fredez2009@gmail.com 





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 4 hrs 31 mins ago