Translate

06 March 2024

Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad




Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

 Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.

Veteran UMNO itu sebelum ini membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadapnya pada 3 Februari 2021.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu mendapati Mohd Isa, 74, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda di Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim Mahkamah tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun, jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak.





@bernamatvofficial Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. 📹 Nazahiyah Hadzir #isasamad #kesrasuah #felda #kesmahkamah #lepas #bebas #bernamatv #beritatiktok ♬ Justice - MaxKoMusic

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED