Translate

02 December 2023

Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok



Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok

Bernama

Disember 2, 2023
Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada pukul 8 malam pada hari kejadian. - Gambar fail

Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok

Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada pukul 8 malam pada hari kejadian. - Gambar fail

SUNGAI PETANI: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di sini Isnin lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kes telah dirujuk kepada pendakwa raya dan arahan pertuduhan telah dikeluarkan.

"Remaja itu akan dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan esok," katanya dalam kenyataan hari ini.







Sebelum ini satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing itu dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lepas, menjadi tular di laman sosial.

Pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja itu melarikan diri.

Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada pukul 8 malam pada hari kejadian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED