Translate

05 December 2023

Polis sahkan video tular kejar suspek hingga ke Cyberjaya, Lebih 20 Kenderaan Polis Terlibat

 


Polis sahkan video tular kejar suspek hingga ke Cyberjaya
Astro Awani
Disember 5, 2023 10:00 MYT

Insiden kejar-mengejar yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek. - Foto Facebook/Cyberjaya Info

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan satu video tular berkait insiden kejar-mengejar yang berlaku di antara beberapa Unit Peronda Polis (MPV) dan sebuah Perodua Bezza.

Menurut polis, insiden kejar-mengejar yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek.

"Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini," katanya.

Difahamkan ketika kejadian kereta Perodua Bezza, dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita, dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimana suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka.
BERITA LANJUT MENYUSUL.



@maymeh_machine Suasana Kelip Kelip #polisevo #foryoupage #fypシ゚viral #fyp🇵🇸🇵🇸🇵🇸❤️ ♬ bunyi asal - MayMehMachine





HARIAN METRO

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta itu.

Sebanyak 18 kenderaan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan 10 dari lain-lain daerah jiran terbabit dalam kejadian ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

"Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini," katanya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED