Translate

25 November 2023

Konsert Coldplay: Tiada kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil



Konsert Coldplay: Tiada kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Bernama

November 25, 2023
Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen di media sosial baginda. - Gambar/ IG HRH Prince Crown of Johor

Konsert Coldplay: Tiada kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen di media sosial baginda. - Gambar/ IG HRH Prince Crown of Johor

MELAKA: Tiada kos terlibat bagi membaik pulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak susulan konsert kumpulan Coldplay diadakan di venue berkenaan pada Rabu lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana terdapat tapak semaian berdekatan stadium berkenaan yang mempunyai rumput jenis Zeon Zoysia dan boleh terus digantikan jika permukaan padang rosak.

"Jadi bila ada rawatan dan pembaikan (terhadap permukaan padang), ia tak melibatkan kos kerana tapak semaian itu sudah wujud.







"Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti," katanya ketika ditemui pemberita pada Program 'Train-the-Trainee' bagi Pengarah Klinikal dan Atlet Sihat di sini hari ini.

Sebelum ini, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, memuat naik gambar keadaan permukaan padang gelanggang rasmi Harimau Malaya itu yang kelihatan terjejas di beberapa bahagian menerusi Instagram Story baginda.

Meskipun Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen, pengguna media sosial rata-rata meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati melihat keadaan permukaan padang itu.

Rabu lepas, kira-kira 85,000 peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert Coldplay, sebuah kumpulan rock British.

Sebelum ini, permukaan padang stadium berkenaan menjadi buah mulut orang ramai kerana keadaannya yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India pada bulan lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'China President Xi Jinping Given State Welcome by ' 4 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 5 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today receiv' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 19 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 20 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 22 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 24 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 25 mins ago