Translate

28 November 2023

Dua lelaki ditahan hina Agong, ugut Perdana Menteri - KPN



Dua lelaki ditahan hina Agong, ugut Perdana Menteri - KPN

Bernama

November 28, 2023
Razarudin berkata kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan warga tempatan masing-masing berusia 37 dan 34 tahun. - Gambar fail

Dua lelaki ditahan hina Agong, ugut Perdana Menteri - KPN

Razarudin berkata kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan warga tempatan masing-masing berusia 37 dan 34 tahun. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan di Kelantan, masing-masing bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri melalui media sosial.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan warga tempatan masing-masing berusia 37 dan 34 tahun.

Tangkapan pertama ialah di Kota Bharu pada Ahad (26 Nov) melibatkan lelaki disyaki pemilik atau pengendali akaun Facebook 'Che Mat Cik Po' kerana memuat naik komen kecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.







Lelaki terbabit direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Nov bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Razarudin berkata tangkapan kedua dibuat pada 28 Nov di Jalan Padang Tembak, juga di Kota Bharu melibatkan seorang lelaki dipercayai pemilik atau pengendali akaun TikTok @jaiadani89 berhubung hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lelaki itu direman tiga hari mulai 28 hingga 30 Nov, katanya sambil memberitahu kedua-dua kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau berkata tangkapan pertama disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1984 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Lelaki kedua pula disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, katanya.

Sehubungan itu polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 7 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 28 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 55 mins ago