Translate

17 February 2023

Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT UMNO, Tengku Zafrul Dilantik Sebagai Ahli MKT

 

Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT

ASTRO AWANi
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Lokman menegaskan pembatalan itu juga mengembalikan hak beliau untuk bertanding dalam pemilihan parti pada tahun ini. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis malam memutuskan untuk membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO.
Lokman menerusi Facebook rasminya berkata, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.
"Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO yang memaklumkan bahawa MKT UMNO malam ini (semalam) telah membatalkan pemecatan saya dan kini saya kembali sebagai Ahli MKT UMNO," tulis beliau.
Dalam status sama, Lokman menegaskan pembatalan itu juga mengembalikan hak beliau untuk bertanding dalam pemilihan parti pada tahun ini.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Lokman dipecat daripada UMNO pada 7 Februari 2020.
Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meyakinkan pemimpin parti itu agar bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemimpin Melayu DAP sedia turun p' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 1 hr 43 mins ago