Translate

17 February 2023

Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT UMNO, Tengku Zafrul Dilantik Sebagai Ahli MKT

 

Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT

ASTRO AWANi
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Lokman menegaskan pembatalan itu juga mengembalikan hak beliau untuk bertanding dalam pemilihan parti pada tahun ini. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis malam memutuskan untuk membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO.
Lokman menerusi Facebook rasminya berkata, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.
"Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO yang memaklumkan bahawa MKT UMNO malam ini (semalam) telah membatalkan pemecatan saya dan kini saya kembali sebagai Ahli MKT UMNO," tulis beliau.
Dalam status sama, Lokman menegaskan pembatalan itu juga mengembalikan hak beliau untuk bertanding dalam pemilihan parti pada tahun ini.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Lokman dipecat daripada UMNO pada 7 Februari 2020.
Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meyakinkan pemimpin parti itu agar bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rafizi sedia pertahan jawatan' 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India serang tiga lokasi di Pakistan, Pakistan ikr' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 56 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KKM teliti permi' 1 hr 3 mins ago
A visitor from New york viewed 'KKM teliti permi' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Hadir Kali Kelapan Ke SPRM Bantu Sias' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 1 hr 15 mins ago