Translate

18 February 2023

KPM mansuh semua pertandingan, sambutan tidak beri impak, tambah beban guru - Fadhlina

 KPM mansuh semua pertandingan, sambutan tidak beri impak, tambah beban guru - Fadhlina

Bernama

Februari 17, 2023 KPM mansuh semua pertandingan, sambutan tidak beri impak, tambah beban guru - Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata antara contohnya ialah membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan yang seumpamanya. - Gambar fail/BERNAMA

KPM mansuh semua pertandingan, sambutan tidak beri impak, tambah beban guru - Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata antara contohnya ialah membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan yang seumpamanya. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat, yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru bermula sesi persekolahan 2023/2024.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam kenyataan malam ini berkata antara contohnya ialah membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan yang seumpamanya.

Fadhlina berkata keputusan itu merupakan antara tujuh langkah segera yang diambil, dalam teras kelima KPM yang memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk tekanan dihadapi para guru, hasil daripada laporan awal diterima.



"Kesemua langkah ini akan diperincikan oleh pengurusan tertinggi KPM dan akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024. KPM sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara," katanya.

Katanya antara langkah lain yang diputuskan ialah mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.

"Langkah lain ialah menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru, iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang, bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem," katanya.

Selain itu, Fadhlina berkata pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh LembagaPeperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidian Tinggi (IPT).

Bagaimanapun, Fadhlina berkata mereka tetap perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

KPM juga katanya akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah, selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

Langkah ketujuh kata Fadhlina pula ialah memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikanDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemimpin Melayu DAP sedia turun p' 2 hrs 5 mins ago