Cemburu dipercayai punca wanita mengandung ditembak mati 8,405 views 5 Jun 2022 Polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita mengandung tujuh bulan mati ditembak di Kampung Repek di Pasir Mas, petang Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.
Katanya ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu. Polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.
Suspek yang ditahan direman lima hari bermula Ahad sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.