Translate

22 June 2022

Bantuan Keluarga Malaysia: PM umum tambahan RM100 bagi isi rumah, RM50 bujang




Bantuan Keluarga Malaysia: PM umum tambahan RM100 bagi isi rumah, RM50 bujang
Fareez Azman / ASTRO AWANI
Jun 22, 2022 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertambahan bantuan itu melibatkan peruntukan RM630 juta. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas pada Rabu.

Jelasnya, pertambahan bantuan itu melibatkan peruntukan RM630 juta.
"Hari ini saya ingin mengumumkan BKM tambahan. Seperti kita tahu BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.

"Ia bagi manfaat golongan B40, setakat ini seramai 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 pada tahun 2022," jelasnya.

Kerajaan umum Bantuan Keluarga Malaysia Tambahan Tambah Ismail, bayaran tambahan itu akan dibuat bermula 27 Jun depan dalam pembayaran fasa kedua BKM.

"Kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk bujang.

"Bayaran fasa dua BKM melibatkan peruntukan RM1.11 billion dan setiap penerima BKM menerima RM400. Setiap penerima dengan bantuan tambahan ini, bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

"Bayaran bantuan tunai dibayar bersekali fasa dua BKM, melibatkan peruntukan RM630 juta. Bantuan ini akan dimasukkan ke dalam BKM, maknanya kalau dulu mereka terima RM400, apabila kita masukkan RM100 mereka akan terima RM500," katanya lagi.

Bayaran tambahan itu jelasnya akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, bujang dan tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 20 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 15 mins ago