Translate

29 April 2022

Polis tahan wanita pandu lawan arus, positif dadah

Polis tahan wanita pandu lawan arus, positif dadah - Utusan Online

29/4/2022
Seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melawan arus 

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melawan arus sehingga berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios secara melawan arus.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu melanggar bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah Proton Saga.

“Siasatan awal dibuat terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine. Kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 5 hrs ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 5 hrs 3 mins ago