Translate

28 April 2022

Pemandu kereta diburu polis kerana memandu di laluan motosikal dan melanggar seorang penunggang di Lebuhraya Persekutuan

 



Polis buru pemandu langgar penunggang motosikal

Shah Alam: Pemandu kereta diburu polis kerana memandu di laluan motosikal dan melanggar seorang penunggang di Kilometer 12.5 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang pada 9 April lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan di muka serta tangan.
"Kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang di lorong motosikal dilanggar dari arah belakang oleh kereta dengan nombor pendaftaran VAL7553 yang datang dari arah sama.
"Mangsa yang terjatuh dan mengalami kecederaan di muka serta tangan. Mangsa dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan.
"Setakat ini, pemandu kereta itu belum ditangkap, justeru saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Sarjan Wan Zafirah Wan Mohd Sukri ditalian 017-5718125," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Terdahulu, satu rakaman video tular di Facebook memaparkan sebuah kereta berwarna hitam memandu laju di lorong motosikal dan melanggar penunggang motosikal.
▶️Harian Metro
Artikel disiarkan pada: April 26, 2022 @ 2:36pm
______________________________________
Selangor/25April2022
Sebuah kereta disyaki pemandu mabuk telah memasuki lorong motorsikal serta melanggar beberapa buah motorsikal semalam
Menurut sumber, pemandu kenderaan berkenaan 2 lelaki warga china
Kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan Shah Alam➡️Klang
Bezza hitam
#VAL 7553




Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'DCP Shafien Mamat Ketua Polis Kelantan yang baharu' 7 hrs 37 mins ago
A visitor from Pontianak viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 1 hr ago
A visitor from Dublin viewed 'A Gunman opened fire at Al Noor mosque in Christch' 1 day 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tempoh Diskaun Pembayaran Saman JPJ Dilanjutkan | ' 1 day 9 hrs ago
A visitor from Fukui viewed 'Britain's worst paedophile abused children from Ma' 1 day 11 hrs ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 day 19 hrs ago
A visitor from Yogyakarta viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 21 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya akan hubungi polis, kata Anwar selepas Mkini ' 2 days 9 hrs ago