Translate

28 April 2022

ASP wanita ‘live’ TikTok masa serbuan ditukar ke SUKSIS UiTM Johor - Kosmo Online




ASP wanita ‘live’ TikTok masa serbuan ditukar ke SUKSIS UiTM Johor
PETALING JAYA – Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat video secara langsung (live) di aplikasi TikToknya ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Arahan pertukaran terhadap pegawai kanan itu tular di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.
Beliau yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) (INDUK).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran pegawai kanan terbabit.
“Betul, dia ditukarkan ke IPK Johor dan perlu melaporkan diri pada hujung bulan Mei depan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Terdahulu, pegawai wanita yang bertugas di JSJN Bukit Aman dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 38 saat memaparkan wanita berpakaian jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menerangkan tanggungjawab kerja ketika menjalankan serbuan serta pemeriksaan.
Ekoran itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan tanpa memilih bulu dan pangkat.
▶️Kosmo Online
Artikel disiarkan pada:
26 April 2022, 11:42pm
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'To begin three-day state visi' 4 secs ago
A visitor from Omsk viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KES CULIK | Mangsa Remaja Perempuan Diikat, Disumb' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '112 mangsa, 49 rumah terjej' 33 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'To begin three-day state visi' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 29 mins ago