Translate

29 April 2022

Bapa didakwa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi

 Bapa didakwa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi - Malaysia Gazette

29/4/2022

Seorang tukang rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya

BUTTERWORTH – Seorang tukang rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya, antara Januari 2020 hingga 23 April lalu.

Tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus.

Mengikut pendakwaan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya yang berusia 11 tahun 8 bulan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Perai Jaya di sini antara Januari 2020 hingga 23 April tahun ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, menerusi tiga lagi pertuduhan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi kenam-enam pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya memohon jaminan tidak diberikan ke atas tertuduh berikutan bimbang akan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan yang lain.

Kedua-dua hakim kemudian memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh sebelum menetapkan 30 Mei depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan, laporan psikiatri dan laporan pusat temubual kanak-kanak (CIC).

Dalam pada itu, di hadapan Hakim Noorhayati, isteri tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan mangsa yang juga anak kandungnya sehingga menyebabkan kecederaan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam tempoh dan tempat yang sama.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-dua sekali.

Kes terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah dan tiada jaminan ditawarkan terhadap pekerja kedai tekstil itu atas alasan sama.

Kes akan disebut semula pada 31 Mei depan sementara menunggu laporan psikiatri mangsa.







Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'DCP Shafien Mamat Ketua Polis Kelantan yang baharu' 7 hrs 43 mins ago
A visitor from Pontianak viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 1 hr ago
A visitor from Dublin viewed 'A Gunman opened fire at Al Noor mosque in Christch' 1 day 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tempoh Diskaun Pembayaran Saman JPJ Dilanjutkan | ' 1 day 9 hrs ago
A visitor from Fukui viewed 'Britain's worst paedophile abused children from Ma' 1 day 11 hrs ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 day 20 hrs ago
A visitor from Yogyakarta viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 21 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya akan hubungi polis, kata Anwar selepas Mkini ' 2 days 9 hrs ago