Translate

29 April 2022

Polis tahan wanita pandu lawan arus, positif dadah

Polis tahan wanita pandu lawan arus, positif dadah - Utusan Online

29/4/2022
Seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melawan arus 

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melawan arus sehingga berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios secara melawan arus.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu melanggar bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah Proton Saga.

“Siasatan awal dibuat terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine. Kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'DCP Shafien Mamat Ketua Polis Kelantan yang baharu' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Pontianak viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 1 hr ago
A visitor from Dublin viewed 'A Gunman opened fire at Al Noor mosque in Christch' 1 day 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tempoh Diskaun Pembayaran Saman JPJ Dilanjutkan | ' 1 day 9 hrs ago
A visitor from Fukui viewed 'Britain's worst paedophile abused children from Ma' 1 day 10 hrs ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 day 19 hrs ago
A visitor from Yogyakarta viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 21 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 1 hr ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya akan hubungi polis, kata Anwar selepas Mkini ' 2 days 9 hrs ago