Translate

30 March 2022

Video pensyarah didakwa hina pelajar dirakam semester lalu, bukan semalam - Naib Canselor UiTM





ASTRO AWANI
Mac 30, 2022

Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Video tular membabitkan seorang pensyarah yang didakwa memarahi seorang pelajar gara-gara tidak mempunyai komputer riba bukanlah insiden baru.


Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya difahamkan ia merupakan kejadian yang berlaku pada semester lalu



“Saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku semester lepas dan bukannya semalam jadi maknanya isu ini mesti ada perancangan mengapa ia dimuat naik semalam (Selasa).

“Apa pun kami dah ambil tindakan dan insya-Allah kita sentiasa ingin berikan yang terbaik buat semua pelajar,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut dan ketika ini masih mengajar di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Pada Rabu, tular mengenai sebuah video yang menyaksikan seorang pensyarah dipercayai daripada UiTM yang memarahi seorang pelajar berikutan tidak memiliki komputer riba sewaktu mengikuti sesi pengajian secara atas talian.

Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut malah dikatakan telah memperlekehkan golongan B40.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 22 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 23 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 32 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 10 mins ago