Translate

23 March 2022

SPRM: Pegawai kanan agensi kerajaan dan suami ditahan bantu siasatan bocor maklumat tender


Bernama
Mac 23, 2022 

Suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berkaitan infrastruktur dan suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pembocoran maklumat membabitkan tender agensi itu bernilai lebih RM1.2 juta.

Menurut sumber SPRM, wanita berkenaan yang terbabit dalam pemilihan kontrak agensi itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta dengan balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai subkontraktor kepada sebuah lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada 2020.

Menurut sumber SPRM itu, suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam.
 
Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 27 Mac ini setelah perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sumber SPRM itu berkata pasangan suami isteri itu ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BGT S18 We can't get enough of Jasmine Rice's GOLD' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BGT S18 Stacey Leadbeatter wins public vote joinin' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'We can't get enough of Jasmine Rice's GOLDEN BUZZE' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelik! Kontrak Azam Baki Disambung Kali Ketiga-Tua' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed '144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 52 mins ago