Translate

30 March 2022

Video pensyarah didakwa hina pelajar dirakam semester lalu, bukan semalam - Naib Canselor UiTM





ASTRO AWANI
Mac 30, 2022

Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Video tular membabitkan seorang pensyarah yang didakwa memarahi seorang pelajar gara-gara tidak mempunyai komputer riba bukanlah insiden baru.


Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya difahamkan ia merupakan kejadian yang berlaku pada semester lalu



“Saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku semester lepas dan bukannya semalam jadi maknanya isu ini mesti ada perancangan mengapa ia dimuat naik semalam (Selasa).

“Apa pun kami dah ambil tindakan dan insya-Allah kita sentiasa ingin berikan yang terbaik buat semua pelajar,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut dan ketika ini masih mengajar di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Pada Rabu, tular mengenai sebuah video yang menyaksikan seorang pensyarah dipercayai daripada UiTM yang memarahi seorang pelajar berikutan tidak memiliki komputer riba sewaktu mengikuti sesi pengajian secara atas talian.

Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut malah dikatakan telah memperlekehkan golongan B40.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 5 hrs 21 mins ago