Translate

30 March 2022

Video pensyarah didakwa hina pelajar dirakam semester lalu, bukan semalam - Naib Canselor UiTM





ASTRO AWANI
Mac 30, 2022

Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Video tular membabitkan seorang pensyarah yang didakwa memarahi seorang pelajar gara-gara tidak mempunyai komputer riba bukanlah insiden baru.


Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya difahamkan ia merupakan kejadian yang berlaku pada semester lalu



“Saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku semester lepas dan bukannya semalam jadi maknanya isu ini mesti ada perancangan mengapa ia dimuat naik semalam (Selasa).

“Apa pun kami dah ambil tindakan dan insya-Allah kita sentiasa ingin berikan yang terbaik buat semua pelajar,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut dan ketika ini masih mengajar di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Pada Rabu, tular mengenai sebuah video yang menyaksikan seorang pensyarah dipercayai daripada UiTM yang memarahi seorang pelajar berikutan tidak memiliki komputer riba sewaktu mengikuti sesi pengajian secara atas talian.

Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut malah dikatakan telah memperlekehkan golongan B40.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Boleh Pinjam RM5,000? - Penipuan guna nama Speaker' 3 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung' 42 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Hans Isaac returns to lead Finas | BEST FBKL' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Virginia viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung' 2 hrs 1 min ago