Translate

23 March 2022

SPRM: Pegawai kanan agensi kerajaan dan suami ditahan bantu siasatan bocor maklumat tender


Bernama
Mac 23, 2022 

Suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berkaitan infrastruktur dan suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pembocoran maklumat membabitkan tender agensi itu bernilai lebih RM1.2 juta.

Menurut sumber SPRM, wanita berkenaan yang terbabit dalam pemilihan kontrak agensi itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta dengan balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai subkontraktor kepada sebuah lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada 2020.

Menurut sumber SPRM itu, suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam.
 
Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 27 Mac ini setelah perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sumber SPRM itu berkata pasangan suami isteri itu ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 20 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 32 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 32 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 33 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 7 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 7 hrs 31 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 9 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 9 hrs 38 mins ago