Translate

31 January 2022

Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan




Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika lakukan kerja selenggara
ASTRO AWANI
Januari 30, 2022 

Lelaki berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Foh Soon Kong itu ditemukan orang awam sekitar jam 10.20 pagi. - Foto Astro AWANI

TAWAU: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya bersebelahan Taman Eastern, Lorong 2, Rumah Kampung Tawau, di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen JR berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 berkaitan kejadian itu pada jam 10.32 pagi.


"Lapan pegawai dan anggota dengan aset jentera FRT dan sebuah van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 6 kilometer.
 
"Bagaimanapun, mangsa, Foh Soon Kong, 41 tahun, seorang kontraktor, didapati tergantung di tiang elektrik ketika pasukan bomba tiba.

"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan," katanya.

Pihak bomba menurunkan mangsa menggunakan tangga selepas kerja-kerja memutuskan bekalan elektrik oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat tamat pada jam 11.36 pagi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 3 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 5 hrs 23 mins ago