Translate

27 January 2022

Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group




Bernama
Januari 27, 2022 

AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) hari ini mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022, selepas berakhir tahun kewangannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menurut bank itu, Azman akan meneruskan sumbangan idea dan pandangannya kepada kumpulan tersebut sebagai Pengerusi Emeritus/Penasihat Kehormat selepas bersara dan kekal sebagai pemegang saham utama kumpulan itu.

"Tan Sri Azman merupakan antara tokoh dalam kumpulan perbankan Malaysia, mula terlibat dalam sektor itu pada 1960-an.
 
"Dengan semangat keusahawanan yang tinggi, beliau telah menjadi pemacu utama pertumbuhan Ambank Group sejak 1982, daripada asalnya sebagai Bank Pembangunan Arab-Malaysia dengan kakitangan awal seramai 200 orang dan membinanya sehingga kini sebuah konglomerat kewangan - AmBank Group -- dengan lebih 9,000 kakitangan," katanya.

Kumpulan itu berkata pandangan jauh Azman dalam merangka pelan penggantian kumpulan sejak 2017 telah membolehkan pasukan yang baik diwujudkan, memastikan pertumbuhan kumpulan yang berterusan.

"AmBank Group menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Azman Hashim, atas visinya yang cemerlang, kepimpinannya yang teguh dan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi," katanya.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 14 mins ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 7 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 18 mins ago