Translate

31 January 2022

Lion Air Investigating Viral Video Of Crew Throwing Baggage Down The Stairs of The Ramp





Video kru pesawat 'lempar bagasi' tular, Lion Air lakukan siasatan
Astro Awani
Januari 31, 2022 



Video yang memaparkan kru pesawat penerbangan Lion Air kelihatan seolah melempar bungkusan dari perut pesawat tular di media sosial. -Video tular

SEBUAH video yang memaparkan kru pesawat penerbangan Lion Air kelihatan seolah melempar bungkusan dari perut pesawat tular di media sosial.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan kru pesawat berkenaan mengeluarkan barangan dipercayai milik penumpang dengan cara menggulingkannya jatuh menerusi tangga di bahagian belakang pesawat.

Lapor portal berita Tribunnews.com, perlakuan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang rata-rata mempersoalkan cara pengurusan barangan penumpang yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
 
Mengulas mengenai rakaman video tersebut, Pegawai Komunikasi Strategik dan Korporat Kumpulan Lion Air, Danang Mandala Prihantoro menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.

Malah, menurutnya, barangan tersebut berkemungkinan bukan milik penumpang syarikat penerbangan itu.

“Menurut pengetahuan kami, bagasi penumpang tidak ditempatkan di dalam kabin pesawat.
“Hal ini kerana, pengoperasian susun atur bagasi penumpang berada di bahagian bawah pesawat,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, beliau tidak dapat memastikan berapa lama tempoh penyiasatan berhubung perkara berkenaan, namun pihaknya sedaya upaya menyegerakan proses siasatan agar punca dan sebab kejadian dapat dikenal pasti.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 6 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 6 hrs 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 8 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 16 mins ago